Monday, August 31, 2009

FADHILAT TARAWIH 30 MALAM

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."


Wednesday, August 26, 2009

JADUAL BERBUKA PUASA SEPANJANG RAMADHAN 1430 HIJRAH / 2009 ZON 2 NEGERI PERAK

( Klik pada gambar untuk besarkan )

PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN

Pada 21 Ogos 2009, bersamaan 30 Sya`ban 1430 Hijrah, Panatia Agama Islam telah mengadakan satu program sebelum masuknya bulan Ramadhan pada 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430 Hijrah, iaitu TAZKIRAH RAMADHAN yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Rahim Bin Haji Ahmad, Guru Pendidikan Islam SK Jelai.

TAZKIRAH RAMADHAN telah diadakan di kantin sekolah untuk semua murid dan guru. Program telah dimulakan pada jam 10.45 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Tujuan TAZKIRAH RAMADHAN diadakan adalah untuk memperingati semula amalan - amalan dan ibadah - ibadah yang sepatutnya diamalkan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga semua warga SK Jelai akan menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah Subhanahu Wa Taala.


Wednesday, August 19, 2009

KARNIVAL PRASEKOLAH ZON BATU KURAU

Pada 8 Ogos 2009, telah berlangsungnya KARNIVAL PRASEKOLAH ZON BATU KURAU di SK Toh Sajak, Batu Kurau. Karnival tersebut yang bermula pada jam 8.00 pagi telah dirasmikan oleh En. Chung Tin Kean, Penyelia Sekolah Cina. Sebanyak 8 acara telah dipertandingkan seperti Pertandingan mewarna, Tarian Tradisional, Nyanyian Dan Gerakan, Bercerita Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris, Deklamasi Sajak, Hafazan, Menyusun Abjad dan Mengeja Perkataan.

Prasekolah SK Jelai telah menyertai semua acara kecuali Tarian Tradisional dan telah berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Nyanyian Dan Pergerakan dan tempat yang ke - 3 dalam Pertandingan Sajak. TAHNIAH DIUCAPKAN kepada guru Prasekolah SK Jelai iaitu Puan Maznah Bt Mat Saari yang telah bertungkus lumus melatih murid - murid Prasekolah.

Tuesday, August 11, 2009

PROGRAM IHTIFAL j-QAF DITUNDA

Program Ihtifal j-Qaf yang telah bermula pada 10 Ogos 2009 dengan Pertandingan Kuiz di SK Kampong Gudang dan akan diteruskan pada hari ini dengan pertandingan Tilawah Al-Quran di SK Jelai telah DITUNDA pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Bagi SK Jelai, persiapan telah dilakukan dari semalam lagi untuk mengadakan Pertandingan Tilawah Al - Quran tidak kesampaian bila menerima panggilan dari Pejabat Pendidikan Daerah mengenai pembatalan tersebut. Ini adalah kerana keadaan waktu sekarang yang tidak sesuai melakukan sebarang aktiviti disebabkan penularan wabak penyakit H1N1 yang semakin serius.

Ketua Hakim Pertandingan Tilawah Al - Quran, Ustaz Aminuddin dari SK Sungai Jernih, awal - awal lagi sudah sampai ke SK Jelai, sedang berbual dengan Ustaz Fikri di kantin.

DI ANTARA PERSIAPAN YANG TELAH DILAKUKAN :

DEWAN PERTANDINGAN DIMAKMAL KOMPUTER YANG TIADA KOMPUTER

JAMUAN UNTUK PARA HAKIM YANG TIDAK DIMAKAN


Sunday, August 9, 2009

KEM BESTARI SOLAT KALI KE - 3 2009

Pada 8 Ogos 2009, Kem Bestari Solat kali yang ke 3 telah diadakan untuk tahun 2009 ini. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang telah menghimpunkan semua murid Tahun 1, 2 dan 3 yang seramai 134 orang murid. KBS pada kali ini telah diuruskan oleh 3 orang guru j-Qaf iaitu Ustaz Mohd.Fikri Bin Abdul Latif, Ustazah Noradyani Bt Jusoh dan Ustazah Noor Zainun Bt Ab Rahman. KBS juga turut dibantu oleh 2 orang GPI iaitu Ustaz Mohd. Yusfee Bin Mohamed Yusof dan Ustazah Tina Bt Zainuddin.


Wednesday, August 5, 2009

UJIAN SARINGAN 2 BERMULA DARI 3 HINGGA 5 OGOS 2009


BAKAT PEMAIN FUTSAL SK JELAI TERSERLAH

Pada Hari Sabtu yang lalu, iaitu bertarikh 1 Ogos 2009, telah berlangsung Pertandingan Futsal di SK Sri Kurau, Batu Kurau. Pertandingan Futsal yang telah telah diadakan bersama Hari Keusahawanan di SK Sri Kurau itu telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang Dan Selama iaitu Tn. Hj. Mat Lazim Bin Idris. Pemain Futsal dari SK Jelai tidak ketinggalan menyertai dalam pertandingan tersebut dan telah membawa kemenangan yang tidak disangka - sangka.

2 kumpulan yang di hantar telah mendapat kemenangan sebagai JUARA dan NAIB JUARA dalam Pertandingan Futsal tersebut. Tahniah dan syabas kepada 2 team yang berjaya dan juga kepada guru pembimbing yang telah banyak mencurahkan ilmu dan tenaga iaitu En. Mohd. Silmi Bin Othman bagi kejayaan ini.

Sijil, medal dan trofi telah disampaikan oleh Guru Besar pada perhimpunan pagi bertarikh 3 Ogos 2009.

Sunday, August 2, 2009

RAHSIA DI SEBALIK BENCANA H1N1 DAN PENGUBATANNYA

Wabak selesema babi ( H1N1 ) 2009 bermula pada Mei dan sehingga 21 Jun 2009, terdapat 50 kes di Malaysia, tetapi hingga 2 Ogos terkumpul 1429 kes dengan kematian 6 orang. Daripada 1,429 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 855 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,394 kes (98%) telah sembuh, hanya 19 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sepuluh (10) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah. Peningkatan kes yang pantas ini amat membimbangkan semua pihak.

Persoalannya mengapa begitu pantas berlaku di negara ini padahal di peringkat awal pihak berwajib memberi jaminan bahawa kes ini terkawal. Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan berkerja keras bagi memastikan penyakit itu tidak menular ke negara ini. Namun kerja keras mereka berdua gagal membendung.

Bermula dari beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina ditutup, tapi dalam tempoh tidak sampai sebulan beberapa UiTM ditutup, kemudian kolej dan politeknik termasuk sekolah agama di Johor turut terlibat. Perkembangan ini sungguh menghairankan. Mengapa pelajar Melayu dan Islam menjadi mangsa H1N1?

Rencana ini cuba menyingkap rahsia di sebalik wabak ini dan kaitannya dengan umat Islam. Sebenarnya sepanjang virus ini menyerang dunia, umat Islam daripada golongan pemimpin sehingga orang awam di kampung berasa sangat selesa dan selamat. Malah sebahagian orang Islam beranggap, selesema babi hanya akan menyerang orang yang makan babi. Maka orang Melayu tidak akan kena wabak itu.

Oleh sebab tidak bimbang penularannya terhadap orang Islam, pemimpin termasuk ulama tidak serius dalam usaha mengelaknya. Mereka tidak mengambil kisah dengan penjagaan kesihatan dan kebersihan. Umat Islam sudah ada rasa berbunga di hati bahawa mereka boleh bebas daripada selesema babi, namun hakikatnya mereka sombong kepada Allah.Sebenarnya Allah datangkan wabak ini untuk menguji hamba-Nya, tetapi apabila hamba-Nya tidak mahu mengambil iktibar daripada wabak itu, maka Dia membiarkan wabak itu menyerang sesiapa sahaja. Siapa yang langsung tidak mahu menjaga kesihatan dan kebersihan akan lebih cepat mendapat penyakit itu.

Selain itu, umat Islam yang terus lalai, leka, dan sombong itu tidak pernah berpaut kepada Allah. Mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk memohon ditolak bala itu. Mereka tidak pernah meminta perlindungan Allah daripada wabak itu. Inilah hakikat yang sukar dinafikan.Menyedari keadaan ini, saya menyeru semua umat Islam supaya bertaubat daripada kealpaan itu. Marilah kita membaca doa minta Allah hindarkan wabak itu daripada kita dan negara. Baca doa ini sebanyak tujuh kali setiap kali lepas solat:

لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الوَبَاءِ الْحَاطِمَةاَلْمُصْطَفَى وَالْمُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مَعَ فَاطِمَة

Bagiku lima orang yang dengannya boleh memadamkan kepanasan wabak iaitu Nabi Muhammad, Ali, Hasan, Husin bersama Fatimah.

Umat Islam seharusnya bergantung kepada Allah dalam semua keadaan, waktu baik apatah lagi waktu bencana. Apabila kita banyak bergantung kepada Allah waktu senang pasti Allah bersama dengan kita waktu kita susah.Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan" . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-
  1. IMT - 3 biji 3 kali sehari

  2. Roselle - 5 biji x 3 atau teh roselle - 2 uncang x3

  3. Madu corcinium - 2 sudu x 3

  4. Kopi Radix bila perlu

  5. Malac - 2 biji x 36

  6. Teh herba bila perlu
Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.

Rujukan: Blog Us. Ahmad Baei Jaafar dan Blog PU HPA