Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009 M / 1430 H KEPADA SEMUA WARGA SK JELAI

MAJLIS KHATAM AL - QURAN, CERAMAH HARI RAYA DAN SUMBANGAN DUIT RAYA

Pada 17 September 2009, selepas daripada Pertandingan Menulis Jawi, telah diadakan Majlis Khatam Al - Quran, Ceramah Hari Raya dan Sumbangan Duit Raya secara serentak pada hari yang sama. 4 program yang diadakan secara serentak adalah kerana berikutan pengumuman cuti pada hari Jumaat iaitu pada 18 September 2009 yang telah diberikan kepada semua sekolah untuk memberi peluang kepada warga pendidik merancang perjalanan awal bagi mengelak kesesakan di jalanraya.

Majlis Khatam Al - Quran telah dilakukan oleh Tuan Haji Ahmad Rahim Bin Haji Ahmad yang telah disertai oleh seramai 8 orang murid. Manakala Ceramah Hari Raya pula telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd. Yusfee Bin Haji Mohamed Yusof. Ceramah yang telah disampaikan selama 1 jam itu adalah untuk mengingatkan semula amalan - amalan sunat dan perkara - perkara yang dilarang pada hari raya sambil memberi duit raya kepada murid - murid yang dapat menjawab soalan - soalan yang diberikan.

Selepas itu, upacara penyampaian duit raya kepada murid - murid miskin dan anak yatim pula dilakukan yang telah disampaikan oleh Puan Guru Besar SK Jelai, Puan Hajjah Roohaya Bt Osman. Seramai 50 orang murid telah menerima sumbangan tersebut yang terdiri daripada murid miskin dan anak yatim.

Sebelum bersurai, Guru Besar sempat memberi ucapan ringkas dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua murid, guru - guru dan kakitangan sekolah dan menjemput ke rumah beliau pada hari raya nanti. Majlis diakhiri dengan amalan bersalaman di antara guru - guru dan murid - murid untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga SK Jelai.

GAMBAR MAJLIS KHATAM AL - QURAN DAN CERAMAH HARI RAYA


GAMBAR SUMBANGAN MURID MISKIN DAN ANAK YATIM