Thursday, March 11, 2010

SK JELAI MENERIMA 4 PINGAT SUKAN ZON BATU KURAU 2010

TEAM SK JELAI

Pada 2 & 3 Mac 2010 (Selasa & Rabu), telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Sukan Zon Batu Kurau di SK Sri Kurau, Batu Kurau, Perak. Sebanyak 18 buah sekolah sekitar zon Batu Kurau teah menyertainya. Tidak terlepas juga dari SK Jelai di mana telah menghantar seramai 9 orang murid dan juga 6 orang guru. Guru - tersebut adalah En. Sudirman Bin Abdul Ghani, En. Izhar Bin Brahim, Ustaz Mohd. Fikri Bin Abdul Latiff, En. Mohd. Silmi Bin Othman, En. Nop A/L Endin Lean dan En. Saidi Bin Abdul Wahab.

Dalam Kejohanan Olahraga Sukan Zon Batu Kurau tersebut, murid - murid dari SK Jelai telah berjaya mendapat 4 pingat. Murid yang telah berjaya mendapat pingat ialah :

1. Nur Ain Shafira Bt Hairul Nizam - lontar peluru P12 (Pingat Emas)
2. Muhammad Noor Afiq Aiman Bin Ibrahim - Lompat Tinggi L11 (Pingat Perak) dan Lompat Jauh L11 (Pingat Gangsa)
3. Munirah Bt Abdul Wahab - Lompat Jauh P12 (Pingat Perak)

TAHNIAH DIUCAPKAN - MAJULAH SUKAN UNTUK KESIHATAN


SK JELAI MENERIMA 6 ORANG GURU PELATIH MELALUI PROGRAM PBS

8 Mac 2010 (Isnin) - SK Jelai telah menerima 6 orang Guru Pelatih melalui Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang dahulunya disebut Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Seramai 3 orang dari Guru Pelatih tersebut datang dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi dan 3 orang lagi adalah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh.

Mereka berada di sekolah ini selama 5 hari dan perlu melakukan beberapa tugasan yang telah diberi oleh pihak institut.

Dari kiri, Norul Hidayu Binti Razak (Marang, Trengganu), Nurul Hayati Binti Anwar (Batu Kurau, Perak) dan Siti Zahrah Binti Mohd. Mydin (Georgetown, Pulau Pinang) adalah dari IPG Kampus Ipoh.
Manakala Nur Syahida Bt. Saaban (Kota Tinggi, Johor), Nurul Sakinah Mawadah Bt. Ahmad Marzoki (Baling, Kedah) dan Nurul Hafizah Bt. Zubir (Batu Kurau, Perak) adalah dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Nurul Hayati Binti Anwar dan Nurul Hafizah Bt. Zubir adalah bekas murid dari SK Jelai.

ANUGERAH 3K MINGGU 9 (8 MAC 2010) 6USM

BERMULA MINGGU INI, KELAS YANG MENERIMA ANUGERAH 3K AKAN MENERIMA PLAK DAN JUGA SIJIL ANUGERAH 3K UNTUK DILEKATKAN DI KELAS SEPANJANG TAHUN. KELAS YANG PALING BANYAK MENERIMA ANUGERAH AKAN MENERIMA HADIAH PADA AKHIR TAHUN NANTI.

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 & 2 KALI - 1

6 Mac 2010 (Sabtu) - Kem Bestari Solat (KBS) untuk Tahun 1 dan 2 kali pertama telah diadakan di SK Jelai. Seramai 80 orang murid telah hadir. Guru - guru yang hadir dalam program KBS ini ialah Ustaz Mohd. Yusfee Bin Mohamed Yusof (GPI), Ustazah Tina Bt. Zainuddin (GPI), Ustaz Mohd. Fikri Bin Abdul Latiff (j-Qaf), Ustazah Noor Zainun Bt. Ab Rahman (j-Qaf) dan Ustazah Noradyani Bt. Jusoh (j-Qaf). Program bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK JELAI MERIAH

5 Mac 2010 (Jumaat) - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2010 / 1431 Hijriah Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai telah diadakan dengan meriah sekali. Majlis dimulakan dengan perhimpunan besar semua murid dan guru di Dataran Kejat, SK jelai. Kemudian, semua murid dan guru mengadakan perarakan dengan membawa sepanduk masing - masing mengikut kelas berserta dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Setelah selesai perarakan sepanduk, semua murid dan guru mengambil tempat masing - masing di Dewan Terbuka, Kantin Sekolah. Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd. Fikri Bin Abdul Latif. Setelah itu, ucapan daripada Ketua Panitia Agama Islam yang baru pada tahun ini merangkap Pengerusi Program Sambutan Maulidur Rasul iaitu Tuan Haji Ahmad Rahim Bin Haji Ahmad. Setelah itu, ucapan daripada Guru Besar SK Jelai pula iaitu Puan Hajjah Roohaya Bt. Osman.

Antara acara yang dipertandingkan pada hari itu adalah Pertandingan Nasyid antara kelas sebanyak 10 kelas, Pertandingan Azan seramai 10 orang murid dari Tahap 2 dan Pertandingan Syarahan Bahasa Arab Tahap 1 seramai 15 orang murid.

Manakala acara yang telah dipertandingkan sebelum itu adalah Pertandingan Mewarna Sepanduk, sebanyak 10 sepanduk, Pertandingan Tulisan Khat (Tahap 1) semua murid, Pertandingan Menulis Jawi (Tahap 2) semua murid, Pertandingan Menghafaz Nama Bulan Islam (Tahun 1) seramai 10 orang dan Menghafaz Nama - nama Rasul (Tahun 2 & 3) seramai 15 orang.

Pada akhir acara, diumumkan nama - nama pemenang bagi semua acara dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Jelai, Puan Hajjah Roohaya Bt. Osman. Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Jelai 2010 telah tamat pada jam 12.00 tengahari.

KEPUTUSAN PEMENANG AKAN DIPAPARKAN PADA POST YANG AKAN DATANG.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG. KEPADA YANG TIDAK BERJAYA, BERUSAHA LAGI DI TAHUN HADAPAN. SEMOGA BERJUMPA LAGI DI TAHUN 2011.