Thursday, May 14, 2009

SELAMAT DATANG PK KOKO BARU

Bermula 1 Mei 2009, SK Jelai telah mendapat seorang guru baru atas jawatan Penolong Kanan Ko-kurikulum iaitu En. Sudirman Bin Abdul Ghani bagi menggantikan En Nop A/L Endin Lean yang telah dilantik menjadi Guru Pakar Matematik. En Sudirman yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Penyelaras PKG Sungai Ular, Kulim, Kedah terpaksa melepaskan jawatan tersebut kerana telah diberi pilihan untuk kekal sebagai Penyelaras PKG atau melanjutkan pelajaran yang ditawarkan kepada beliau. Oleh kerana keinginan beliau yang begitu tinggi untuk melanjutkan pelajaran, maka beliau rela melepaskan jawatan itu. Kami, warga SK Jelai amat mengalu - alukan kedatangan beliau untuk bertugas di sekolah ini, dan mengharapkan segala ilmu yang beliau ada akan dicurahkan untuk kebaikan sekolah ini, INSYA ALLAH.