
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk) (QS. 43:89)
السلاما = keamanan
baik gunakan ASSALAMU `ALAIKUM atau ASSALAMU `ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamu `alaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Wa `alaikumus salam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamu `alaikum”
dan menjawab dengan - “Wa `alaikumus salam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WA `ALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye”
Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamu `alaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamu `alaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamu `alaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamu `alaikum“.
Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”
Gunakan perkataan“As salam” sebagai singkatan bagi“Assalammu `alaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa.
Sekian, semoga ada manfaatnya.
2 November 2010 (Selasa) - Pada tarikh hari ini, Klinik Gigi yang telah berkampung di SK Jelai selama 34 hari, berkhidmat untuk warga SK Jelai telah berakhir.
12 Oktober 2010 (Selasa) - Semua GPM Zon Batu Kurau, Selama dan Trong telah melawat tapak Pertandingan Jejak Maklumat Peringkat Daerah LMS di sekitar Taman Tasik Taiping. Turut hadir semua Pegawai BTP Daerah LMS untuk merancang dengan lebih teratur perjalanan Pertandingan Jejak Maklumat yang bakal diadakan pada 13 Oktober 2010.
1 Oktober 2010 / 22 Syawal 1431 (Jumaat) - Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat SK Jelai telah diadakan dengan meriah sekali dan penuh warna - warni walaupun serba kekurangan selepas tregedi kebakaran yang berlaku pada 25 Ogos yang lalu. Sedikit sebanyak, majlis sambutan ini dapat meredakan sedikit kesedihan yang telah dialami oleh seluruh warga SK Jelai.