Sunday, February 28, 2010
KURSUS KEPIMPINAN DAN MOTIVASI 2010
24 Februari 2010 (Rabu) - KURSUS KEPIMPINAN DAN MOTIVASI 2010 telah diadakan di Makmal Komputer SK Jelai. Seramai 80 orang murid telah terpilih yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua kelas.
Kursus tersebut telah disampaikan oleh Puan Norhafizah, seorang guru Bimbingan Dan Kaunseling dari SK All Saint, Kamunting, Taiping. Program yang bermula dari jam 3.00 petang telah berakhir pada jam 5.00 petang.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua murid tentang tanggungjawab yang mereka pikul dan mengharapkan mereka akan menjadi murid contoh di sekolah ini.

Tuesday, February 23, 2010
ANUGERAH 3K MINGGU 7 (22 FEBRUARI 2010) 2UPM
Thursday, February 18, 2010
Saturday, February 13, 2010
CERAMAH MOTIVASI MURID TAHUN 6 BERSAMA IBU BAPA
12 Februari 2010 (Jumaat) - SK Jelai telah mengadakan satu ceramah motivasi kepada murid - murid Tahun 6 bersama ibu bapa murid - murid Tahun 6. Seramai 32 orang ibu bapa yang telah hadir pada program tersebut yang diadakan di Makmal Komputer SK Jelai.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Zulkifli Bin Yahya, Jemaah Nazir Persekutuan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Turut hadir dalam ceramah motivasi tersebut ialah Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Hj. Osman, Penolong Kanan HEM, Pn. Norhayati Bt. Abdul Eid dan beberapa orang guru Tahun 6.
Program ceramah motivasi tersebut juga telah diuruskan sepenuhnya oleh murid - murid Tahun 6 sendiri yang bertugas sebagai pendaftaran, pengerusi majlis, jurukemera dan sebagainya untuk melatih murid - murid Tahun 6 menguruskan program.
Setelah selesai ceramah motivasi, Guru Besar SK Jelai telah sudi menyampaikan cenderakenangan kepada En. Zulkifli dan seterusnya semua ibu bapa dijemput ke kantin untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Wednesday, February 10, 2010
KEMPEN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN JENAYAH PERINGKAT SK JELAI 2010
8 Februari 2010 (Isnin) - SK Jelai telah mengadakan Kempen Pendidikan Pencegahan Jenayah Peringkat SK Jelai Tahun 2010. Majlis tersebut telah diadakan sejurus selepas Perhimpunan Pagi pada hari itu. Pihak sekolah telah menjemput Sergent Major Ismail Bin Khalid, Ketua Balai Polis Batu Kurau untuk memberikan ceramah mengenai Kempen Pencegahan Dadah Dan Jenayah. Banyak maklumat dan info yang telah diperolehi oleh murid dan guru melalui ceramah tersebut yang berkaitan dengan dadah dan jenayah sambil ditunjukkan contoh - contoh dadah.
Selepas selesai ceramah yang telah disampaikan oleh Sergent Major Ismail Bin Khalid, para guru dan murid berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat contoh - contoh dadah yang dipamerkan. Guru Besar SK Jelai, Puan Hjh. Roohaya Bt. Hj. Osman telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Sergent Major Ismail Bin Khalid.

Monday, February 8, 2010
PERINGATAN DARI PDRM
Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Sumber: Bukit Aman PDRM
Sunday, February 7, 2010
KEM BESTARI SOLAT TAHUN 3 & 4 KALI -1
6 Februari 2010 (Sabtu) - Telah diadakan Kem Bestari Solat untuk Tahun 3 & 4 kali yang pertama. Seramai ... orang murid dari Tahun 3 dan Tahun 4 telah hadir untuk Program Kem Bestari Solat (KBS) ini yang telah bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Seramai 5 orang guru agama telah terlibat iaitu Ustaz Mohd. Yusfee (GPI), Ustaz Mohd. Fikri (j-Qaf), Ustazah Noradyani (j-Qaf), Ustazah Noor Zainun (j-Qaf) dan Ustazah Tina (GPI).
Seramai 5 orang guru agama telah terlibat iaitu Ustaz Mohd. Yusfee (GPI), Ustaz Mohd. Fikri (j-Qaf), Ustazah Noradyani (j-Qaf), Ustazah Noor Zainun (j-Qaf) dan Ustazah Tina (GPI).
BAIKPULIH BILIK MATEMATIK
5 Februari 2010 (Jumaat) - Guru PK KOKO, En. Sudirman Bin Abdul Ghani telah membaikpulih Bilik Matematik yang telah sekian lama tidak dipulihkan, dengan menambah rak tingkat untuk penyimpanan barangan dengan lebih teratur.
Monday, February 1, 2010
PELANCARAN 3K - KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN PERINGKAT SK JELAI
1 Februari 2010 (Isnin) - Telah diadakan Majlis Pelancaran 3K ( Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan ) Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai pada perhimpunan pagi hari Isnin. Guru bertugas, Pn. Nor Faieza Bt. Mohd. Fazli telah memulakan majlis dengan memberikan ucapan. Setelah itu, Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Hj. Osman menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan 3K Peringkat SK Jelai.
GAMBAR - GAMBAR SEKITAR MAJLIS PELANCARAN 3K
PENGUNJUNG PUSAT SUMBER DI HARI JUMAAT
Subscribe to:
Posts (Atom)