
25 September 2010 (Sabtu) - Telah diadakan KEM BESTARI SOLAT PERDANA 2010 yang telah menghimpunkan semua murid j-Qaf dari tahun 1 hinga tahun 4 yang juga merupakan Program Kem Bestari Solat yang terakhir pada tahun ini. Guru GPI dan j-Qaf yang telah datang membantu adalah Ustaz Fikri, Ustaz Yusfee, Ustazah Noradyani, Ustazah Noor Zainun, Ustazah Tina dan juga PK KOKO SK Jelai, Ustazah Josnida Bt Mustafa.
3 September 2010 (Jumaat) - Majlis Khatam Al Quran, Ceramah Hari Raya Dan Sumbangan Anak Yatim Peringkat SK Jelai 2010 telah diadakan dengan jayanya walaupun dalam keadaan serba kekurangan selepas tragedi kebakaran pada 25 Ogos yang lalu.

