Selama 3 hari berturut - turut dari 23 hingga 25 Mac 2011 telah diadakan latihan Majlis Tadarrus Al - Quran (MTQ) Zon Batu Kurau berpusat yang diadakan di SK Kampung Gudang, Batu Kurau, Perak. Seramai 19 orang murid dari Zon Batu Kurau yang akan bertanding dalam pelbagai kategori pertandingan di SK Simpang, Taiping pada 29 Mac 2011 bagi pertandingan Nasyid dan 2 April 2011 bagi pertandingan Tilawah, Hafazan, Bercerita dan Jawi.
Bagi SK Jelai tidak ketinggalan menghantar seorang peserta iaitu adik Mohd. Hanun Bin Zulkifli dalam pertandingan Tilawah Lelaki.
Thursday, March 24, 2011
Tuesday, March 22, 2011
SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1 2011
BLOG PSS SK JELAI MENGUCAPKAN SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1 TAHUN 2011 KEPADA SEMUA GURU - GURU DAN MURID - MURID BERMULA DARI 12 HINGGA 20 MAC 2011.
Thursday, March 10, 2011
Sunday, March 6, 2011
PRODUK GUNA KAPSUL GELATIN DIUMUM
FOTO: JAKIM akan membuat semakan terhadap produk farmaseutikal yang dibungkus dengan kapsul gelatin positif babi. - Foto hiasan
GURUN - Produk farmaseutikal yang didapati dibungkus dengan kapsul gelatin positif asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan diumumkan bagi memastikan umat Islam tidak terbeli atau terguna produk itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata, produk tersebut turut tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara. Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan. "Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam," katanya.

Saturday, March 5, 2011
KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 KALI 1 2011
25 Februari 2011 (Jumaat) - Kem Bestari Solat (KBS) untuk Tahun 1 kali 1 telah diadakan yang menghimpunkan semua murid Tahun 1 iaitu seramai 33 orang. Guru - guru yang membantu pada kali ini ialah Ustaz Mohd. Fikri, Ustaz Mohd. Yusfee, Ustazah Noor Zainun dan Ustazah Tina.
KBS yang bermula dari jam 3.00 petang telah berakhir pada jam 6.00 petang.
KBS yang bermula dari jam 3.00 petang telah berakhir pada jam 6.00 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)