Friday, April 10, 2009

JAMUAN PERPISAHAN EN ABDULLAH HADI DAN EN WAN MOHD HAFIS MERIAH TETAPI TERHARU

Pada 10 April 2009 ( semalam ) telah diadakan MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN EN ABDULLAH HADI BIN BAHARI DAN EN WAN MOHD HAFIS BIN PAK WAN CHIK yang baru bertukar dari SK Jelai, keduanya dalam bulan Mac yang lalu. En Abdullah Hadi telah bertukar ke SK Kamunting, manakala En Wan Mohd Hafis ke SK King Edward 1.

Majlis jamuan yang dianjurkan oleh Kelab Guru SK Jelai `meriah' tetapi dalam suasana yang `terharu'. Majlis jamuan tersebut telah dihadiri oleh Guru Besar SK Jelai iaitu Pn Hjh Roohaya Bt Osman bersama suami beliau ( Cikgu Basir ), Guru Besar SK Sg Ara, En Zamri Bin Yakin, YDP PIBG, En Mohd Isa Bin Taha bersama AJK PIBG iaitu En Noor Azlan dan En Zainal Abidin, sebahagian daripada guru - guru SK Jelai bersama keluarga masing - masing, Penolong Kanan 1 SK Jelai yang baru iaitu Pn Hjh Hamidah Bt Shaari bersama suami beliau, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, En Nop A/L Endin Lian ( seorang diri sahaja ), pekerja - pekerja sekolah dan juga pengusaha kantin SK Jelai, Pn Hamidah Bt Wahab bersama suami tercinta ( Abang Pa )

Majlis yang bermula pada jam 9.45 malam dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu En Saidi Bin Abdul Wahab. Diikuti dengan ucapan Guru Besar SK Jelai, YDP PIBG dan seterusnya jamuan makan yang didoakan oleh Ustaz Hj Ahmad Rahim Bin Hj Ahmad. Selepas jamuan makan, barulah ucapan yang diraikan iaitu En Wan Mohd Hafis Bin Pak Wan Chik dan En Abdullah Hadi Bin Bahari. Ucapan kedua mereka amat mengharukan bila diceritakan kembali kenangan - kenangan mereka semasa di SK Jelai dahulu. Namun, kehidupan mesti diteruskan untuk kecemerlangan diri mereka di bidang pendidikan. Berpisah dari warga SK Jelai bukanlah untuk selamanya. Walaupun jauh di mata, namun dekat di hati kita semua. Semoga mereka akan berjaya dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi, Insya Allah.

GAMBAR - GAMBAR :

Suasana tingkat atas Restoran Taiping Utara yang eksklusif

Menu yang dihidangkan pada jamuan tersebut. Sungguh menyelerakan.

Ucapan - ucapan :
Pengerusi Majlis, En Mohd Saidi Bin Abdul Wahab

Guru Besar SK Jelai, Pn Hjh Roohaya Bt Osman

Yang Di Pertua PIBG SK Jelai, En Mohd Isa Bin Taha

Yang diraikan, En Wan Mohd Hafis Bin Pak Wan Chik

Yang diraikan, En Abdullah Hadi Bin Bahari

DUDUK SEMEJA... Yang diraikan En Abdullah Hadi bersama En Mohd Isa, En Noor Azlan dan Ustaz Ahmad Rahim

KHUSYUK MENDENGAR... Yang diraikan En Wan Mohd Hafis bersama Pn Rosazlina Mastura dan suami

SEKELUARGA... Ustazah Tina dan keluarganya

BERTIGA... Cikgu Basir, Abang Pa dan suami Cikgu Hjh Hamidah

BERTONGKAT DAGU... lenguh ka Cikgu Nop ? Cikgu Sufina bersama suami tercinta

COMELNYA !... Cikgu Asnidah bersama suami dan anak - anaknya

En Norbadi, En Amin, En Rasseli bersama Guru Besar SK Sg Ara, En Zamri Yakin dan Naib YDP En Zainal Abidin

Ustazah Noradyani dan anak - anaknya bersama Guru Besar dan PK 1

PENGUSAHA KANTIN... Pn Hamidah bersama pekerjanya JA dan Cikgu Rostina

BERSAMA PASANGAN MASING - MASING... Bendahari Kelab Guru, En Sofian bersama isteri, Setiausaha PIBG baru, Ustaz Fikri bersama isterinya

AMBOI....BERPOSING NAMPAK !!!
( Teacher Faiza & Cikgu Maznah )

ACARA MAKAN PUN BERMULA....

SABAR CIKGU SAIDI....TAK LARI IKAN TU....INGAT KAT ORANG SEBELAH SAMA....JANGAN MARAH...

CENDERAHATI DARIPADA PIBG

CENDERAHATI DARIPADA WARGA SK JELAI

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA


No comments:

Post a Comment