Thursday, December 31, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JAMUAN PERPISAHAN GURU 2009

Pada 29 Disember 2009 (Selasa), telah diadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru dan Jamuan Perpisahan Guru & Staf 2009 secara serentak. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan atas Restoran Asam Pedas, Kamunting. Majlis yang bermula pada jam 1.00 petang itu sejurus selepas Mesyuarat HEM dan Ko-kurikulum pada pagi tersebut.

Antara yang hadir pada jamuan tersebut ialah semua guru dan staf SK Jelai, YDP PIBG En. Mohd. Isa Bin Taha, AJK PIBG SK Jelai, En. Zainal Abidin Bin Kassim dan En. Abdul Razak Bin Mohamad Isa, Pengusaha Kantin, Pn. Hamidah Bt. Abd Wahab dan suami, En. Huzaipah (Bang Pa), yang diraikan En. Mohd. Fathi Bin Mohd. Nordin dan Cik Fatimah Bt. Ismail (tidak dapat hadir).

Juga diraikan kedatangan semua guru dan staf yang baru datang pada tahun 2009 iaitu En. Sudirman Bin Abdul Ghani (PK KOKO), Pn. Norhayati Bt. Abdul Eid (PK HEM), Pn. Salsabil Bt. Zainudin (guru), Cik Syazwani Afiqah Bt. K.N.A. Abdul Salim (Juruteknik Komputer), Pn. Rahmah Bt. Mansor (PT N17) dan Pn. Rosne Bt. Che Lope (PT N17).

Selepas acara makan, Pengacara majlis, En. Saidi Bin Abdul Wahab telah memulakan acara mengalu - alukan kedatangan semua ke Majlis Jamuan Akhir Tahun Dan Perpisahan Guru 2009. Setelah bacaan doa oleh Tn. Hj. Ahamad Rahim Bin Hj. Ahmad, Disusuli pula dengan ucapan dari Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Osman. Selepas itu ucapan dari YDP PIBG SK Jelai, En. Mohd. Isa Bin Taha pula dilakukan.

Setelah itu, dijalankan pula acara penyampaian hadiah cenderakenangan oleh Guru Besar SK Jelai kepada yang diraikan. Selepas itu, penyampaian cenderakenangan kepada semua guru dan staf oleh YDP PIBG SK Jelai.

Majlis tamat pada jam 3.00 petang setelah acara penggambaran beramai - ramai dilakukan.


No comments:

Post a Comment