Monday, December 28, 2009

MESYUARAT GURU DAN MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2010


Pada 28 Disember 2009, sepertimana biasa diadakan setiap tahun dan seperti sekolah - sekolah lain juga, Mesyuarat Guru kali - 1 2010 dan Mesyuarat Kurikulum kali -1 2010 telah diadakan dengan jayanya. Semua guru telah hadir pada mesyuarat kali ini kecuali seorang guru j-Qaf iaitu Puan Noradyani Bt Jusoh yang masih lagi cuti bersalin.

Mesyuarat yang telah bermula pada jam 9.00 pagi, bertempat di PSS SK Jelai, telah menjadi saksi perhimpunan semula para guru dan warga SK Jelai setelah bercuti selama 37 hari. Kegembiraan dan keceriaan tergambar pada wajah guru - guru yang membawa berbagai cerita di waktu cuti.

Mesyuarat yang biasanya serius, telah menjadi satu perhimpunan semula keluarga yang telah berpisah walaupun seketika cuma. Begitulah keakraban dan keintiman guru - guru SK Jelai sebagai satu keluarga yang besar.

Mesyuarat telah tamat pada jam 11.30 pagi dan akan bersambung semula pada esoknya dengan mesyuarat HEM dan Ko-kurikulum.

No comments:

Post a Comment