Tuesday, January 19, 2010

PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PSS 2010

18 Januari 2010 (Isnin) - Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi Tahun 2010 telah diadakan sejurus selepas acara Perhimpunan Pagi diadakan.

Guru bertugas, Puan Sufina Bt. Ahmad Sofi telah menjemput Penolong Kanan HEM, Pn. Norhayati Bt. Abdul Eid mengiringi Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Hj. Osman bagi menyempurnakan penyampaian Watikah Perlantikan kepada seramai 33 Pengawas Sekolah dan 29 Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Setelah itu acara pembacaan Ikrar Pengawas telah diketuai oleh adik Muhammad Irfaan Fikri Bin Abdul Rahman selaku Ketua Pengawas Sekolah. Selepas itu Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt Hj. Osman telah menyampaikan ucapan bagi menutup acara Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas dan seterusnya merasmikan Minggu Disiplin bagi Tahun 2010.


No comments:

Post a Comment