Wednesday, January 13, 2010

PERJUMPAAN PERTAMA PENGAWAS PUSAT SUMBER 2010

Pada 12 Januari 2010 (Selasa), jam 7.40 pagi, telah diadakan Perjumpaan Pertama Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Jelai. Menurut Guru PSS iaitu Ustaz Mohd. Yusfee, tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai persediaan sebagai Pengawas Pusat Sumber bagi Tahun 2010 ini.

Semua Pengawas PSS telah hadir dalam perjumpaan kali pertama ini termasuklah Pengawas PSS yang baru. Semua Pengawas PSS juga telah membaca Persetiaan Pengawas yang akan dibaca secara rasminya pada hari Isnin depan semasa majlis perlantikan rasmi Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS nanti. Seterusnya menandatangani surat Persetiaan Pengawas tersebut.

No comments:

Post a Comment