Thursday, March 11, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK JELAI MERIAH

5 Mac 2010 (Jumaat) - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2010 / 1431 Hijriah Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai telah diadakan dengan meriah sekali. Majlis dimulakan dengan perhimpunan besar semua murid dan guru di Dataran Kejat, SK jelai. Kemudian, semua murid dan guru mengadakan perarakan dengan membawa sepanduk masing - masing mengikut kelas berserta dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Setelah selesai perarakan sepanduk, semua murid dan guru mengambil tempat masing - masing di Dewan Terbuka, Kantin Sekolah. Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd. Fikri Bin Abdul Latif. Setelah itu, ucapan daripada Ketua Panitia Agama Islam yang baru pada tahun ini merangkap Pengerusi Program Sambutan Maulidur Rasul iaitu Tuan Haji Ahmad Rahim Bin Haji Ahmad. Setelah itu, ucapan daripada Guru Besar SK Jelai pula iaitu Puan Hajjah Roohaya Bt. Osman.

Antara acara yang dipertandingkan pada hari itu adalah Pertandingan Nasyid antara kelas sebanyak 10 kelas, Pertandingan Azan seramai 10 orang murid dari Tahap 2 dan Pertandingan Syarahan Bahasa Arab Tahap 1 seramai 15 orang murid.

Manakala acara yang telah dipertandingkan sebelum itu adalah Pertandingan Mewarna Sepanduk, sebanyak 10 sepanduk, Pertandingan Tulisan Khat (Tahap 1) semua murid, Pertandingan Menulis Jawi (Tahap 2) semua murid, Pertandingan Menghafaz Nama Bulan Islam (Tahun 1) seramai 10 orang dan Menghafaz Nama - nama Rasul (Tahun 2 & 3) seramai 15 orang.

Pada akhir acara, diumumkan nama - nama pemenang bagi semua acara dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Jelai, Puan Hajjah Roohaya Bt. Osman. Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Jelai 2010 telah tamat pada jam 12.00 tengahari.

KEPUTUSAN PEMENANG AKAN DIPAPARKAN PADA POST YANG AKAN DATANG.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG. KEPADA YANG TIDAK BERJAYA, BERUSAHA LAGI DI TAHUN HADAPAN. SEMOGA BERJUMPA LAGI DI TAHUN 2011.


No comments:

Post a Comment