23 & 24 Mac 2010 (Rabu & Khamis) - Selama 2 hari Pertandingan Sepak Takraw Sekolah Rendah Zon Batu Kurau telah diadakan di Dewan Astaka, Batu Kurau. Walaupun semua pasukan yang bertanding hebat - hebat belaka, namun perkara ini tidak melemahkan semangat Pasukan SK Jelai B dan Pasukan SK Jelai A membolot Johan dan Naib Johan bagi pertandingan yang sengit ini.Selama 2 hari bertarung, akhirnya pada 24 Mac 2010 adalah penentu segalanya di mana Pasukan SK Jelai B telah mendapat Johan, manakala Pasukan SK Jelai A hanya mampu menerima kekalahan dari rakan seperjuangan mereka dengan mendapat Naib Johan. Tempat Ke - 3 dan Ke - 4 pula telah disandang oleh SK Sri Kurau.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, terutamanya jurulatih mereka iaitu En. Silmi Bin Othman yang tidak jemu - jemu berusaha melatih murid - murid SK Jelai dari awal lagi untuk memastikan kemenangan milik SK Jelai. Begitu juga dengan bantuan guru - guru dari SK Jelai iaitu En. Mohd. Rohaizad Bin Mohd. Kher, En. Faizal Bin Musa dan En. Saidi Bin Abdul Wahab.
TAHNIAH DIUCAPKAN
AKSI - AKSI SEMASA PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ZON BATU KURAU
No comments:
Post a Comment