Sunday, March 21, 2010

SK JELAI MENERIMA PK KOKO BARU DARI TAIPING

22 Mac 2010 (Isnin) - Pada hari ini, SK Jelai telah menerima PK Koko yang baru bagi menggantikan tempat En. Sudirman Bin Abdul Ghani yang telah bertukar ke SK Sultan Idris ll, Felda Ijok, Selama, Perak pada 16 Mac 2010 yang lalu. Apa yang istimewanya penerimaan PK Koko pada kali ini adalah guru wanita. Sebelum ini, SK Jelai belum pernah menerima PK Koko wanita. Semuanya adalah guru lelaki. Ini bermakna, bahagian pentadbiran telah dimonopoli oleh kaum wanita kerana Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Ko - Kurikulum, semuanya adalah wanita.

PK Koko baru yang dimaksudkan ialah Ustazah Pn. Josnida Bt. Mustafa. Menurut Pn. Josnida, sebelum ini beliau telah ditempatkan di SK King Edward Vll ( l ), Taiping, Perak hanya selama 3 bulan sahaja. Tetapi sebelum itu, Pn. Josnida telah mengajar di SK Kampong Yaman, Batu Kurau, Perak selama 6 tahun bermula dari bulan Julai 2003 hingga Disember 2009. Beliau telah mula menjadi guru semasa mengajar di SK Bagan Baru, Perak dari bulan Julai 2002 sehinggalah Julai 2003.

Semoga kehadiran Pn. Josnida ke SK Jelai ini akan merancakkan lagi suasana pembelajaran di sekolah ini terutamanya dalam bidang Ko - kurikulum.

SELAMAT DATANG


No comments:

Post a Comment