
Pada tahun ini, adik Nur Ain Shafira sekali lagi telah berjaya mendapat Pingat Emas pada Kejohanan Sukan Zon Batu Kurau yang juga telah diadakan di SK Sri Kurau, Batu Kurau, Perak. Ini adalah kali ke 2 SK Jelai mendapat Pingat Emas dalam acara individu di Peringkat Zon dan Daerah. Selepas ini beliau telah layak ke Peringkat Negeri pula. Namun kejayaan adik Nur Ain Shafira hanya akan dapat dikecapi pada tahun ini sahaja kerana pada tahun hadapan adik Nur Ain Shafira akan melangkah ke sekolah menengah.
Diharap kejayaan adik Nur Ain Shafira akan mengiringi beliau hingga ke sekolah menengah nanti.
No comments:
Post a Comment