Monday, May 24, 2010

SELAMAT BERTUKAR CIKGU SAIDI !

20 Mei 2010 (Khamis) - Kesedihan dan kepiluan pertukaran Pn. Faiza Hussin ke SK Taman Palma, Kamunting belum lagi berakhir, warga SK Jelai dikejutkan lagi dengan satu lagi pertukaran seorang guru yang juga telah banyak berjasa di sekolah ini iaitu En. Saidi Bin Abdul Wahab. Beliau telah mula bertugas di sekolah ini pada 1 Januari 2007 setelah bertukar dari Tanjung Karang, Selangor. Hanya baru 3 tahun 4 bulan di sekolah ini, beliau telah mendapat surat pertukaran yang berkuatkuasa 18 Mei 2010 ke SK Sri Kurau, Batu Kurau, Perak sebagai Guru Prasekolah. Opsyen beliau adalah Guru Prasekolah DG41.

Sepanjang berada di sekolah ini, beliau telah banyak memegang jawatan - jawatan penting seperti Bendahari Kehormat Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) dari tahun 2007 hingga 2010, Ketua Guru Penasihat Unit Beruniform TKRS, Ketua Unit Pencegahan Dadah, Setiausaha Unit Pencegahan Jenayah, Ketua Panitia PJK, Ketua Guru Rumah Merah dan mengajar kelas Tahun 1.

Keperihatinan dan kemesraan beliau terhadap rakan - rakan sekerja membuatkan warga SK Jelai amat terasa dengan pertukaran beliau. Beliau telah banyak membantu rakan - rakan sekerja dalam segala bidang mau pun di luar dari bidang sekolah, beliau seorang yang serba boleh. Semoga Cikgu Saidi akan dikenang oleh semua warga SK Jelai walaupun beliau tiada di sini.

No comments:

Post a Comment