Thursday, July 29, 2010

LDP - TAKLIMAT ZAKAT

27 Julai 2010 (Selasa) - Satu taklimat mengenai zakat telah diadakan Makmal Komputer SK Jelai. Semua guru telah hadir untuk mendengar taklimat zakat tersebut yang telah disampaikan oleh Ustaz Najmuddin Bin Hj. Abu Hanipah yang dijemput khas dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Daerah Taiping.

Penerangan daripada Ustaz Najmuddin mengenai zakat lebih menjelaskan lagi kepada semua guru perkara - perkara yang berkaitan dengan zakat yang sebelum ini tidak diketahui. Majlis yang bermula pada jam 1.00 petang itu telah tamat pada jam 3.00 petang. Akhir sekali, Guru Besar telah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Najmuddin.

No comments:

Post a Comment