Wednesday, February 9, 2011

GURU - GURU SK JELAI MELAWAT KELUARGA MURID DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

9 Februari 2011 (Rabu) - Beberapa orang guru dari SK Jelai telah menziarahi keluarga murid yang kematian bapa mereka beberapa hari lalu untuk menyampaikan sumbangan ikhlas dari guru - guru SK Jelai. Guru - guru yang telah menziarahi ke rumah tersebut ialah Pn. Ku Salleha Bt. Ku Hamid, Pn. Rosazlina Mastura Bt. Abdul Aziz, Pn. Hjh. Rostina Bt. Mat Zom, Pn. Hjh. Tina Bt. Zainuddin, En. Mohommad Sofian Bin Hamzah dan Tn. Hj. Mohd. Yusfee Bin Hj. Mohamed Yusof.

Sumbangan ikhlas telah diserahkan kepada balu Allahyarham En. Hishamuddin iaitu Pn. Norazlina Bt. Yahya. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak hasil perkongsian hidup bersama Pn. Norazlina. 3 orang daripada anak mereka bersekolah di SK Jelai iaitu Muhammad Haikal Nazmudin Tahun 3 UPM, Muhammad Nazreen Hazaruddin Bin Hishamuddin Tahun 5 UPM dan Muhammad Hairul Hazaruddin Bin Hishamuddin Tahun 6 UPM.

No comments:

Post a Comment