Monday, January 3, 2011

SELAMAT DATANG EN. MANAN


Setelah beberapa orang guru datang dan pergi sepanjang tahun 2010, maka untuk penutup tirai 2010, SK Jelai telah menerima seorang lagi guru baru. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Manan Bin Mat Zain yang telah berpindah dari SK Ayer Putih, Simpang, Taiping, Perak.

Beliau telah menjadi guru selama 17 tahun dalam opsyen Pengajian Melayu dan sekarang berpangkat DG 41. Beliau telah mendapat Degree di UPM dan Master di USM. Menurut beliau, kerjaya beliau sebagai seorang guru bermula di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan dan di posting ke SK Sri Kurau pada tahun 1993 hingga 2005. Selepas itu ke SK Temelok, Trong dari tahun 2005 hingga 2007. Selepas itu ke SK Ayer Putih, Simpang, Taiping dari 2007 hingga 2010.

Semoga dengan kehadiran En. Manan ke SK Jelai akan menceriakan lagi sistem pembelajaran di sekolah ini.


No comments:

Post a Comment