Sunday, September 13, 2009

LAPORAN EKSKLUSIF : UPSR 2009 HARI KETIGA

Pada hari ke tiga ( 10 September 2009 ) , UPSR diteruskan dengan beberapa lagi kertas yang perlu dijawab oleh murid - murid Tahun 6 dan merupakan hari terakhir Peperiksaan UPSR pada tahun ini. Bagi murid - murid Tahun 6 SK Jelai, perjuangan perlu diteruskan pada hari ke tiga ini walaupun sampai ke petang. Kertas yang perlu dijawab pada hari ini ialah Sains ( 8.15 - 9.30 ), Bahasa Inggeris Kertas 1 ( 10.05 - 11.05 ) dan Bahasa Inggeris Kertas 2 ( 11.45 - 1.00 ) pada sebelah pagi. Manakala sebelah petang pula murid - murid perlu menjawab satu lagi kertas iaitu Ujian Aptitud ( 2.15 - 3.45 ) petang.

Cuaca pada sebelah pagi agak baik sehinggalah pada jam 7.45 pagi, awan di langit telah berarak mendung dan menurunkan hujan yang agak lebat semasa murid - murid Tahun 6 sedang bersedia untuk masuk ke dewan peperiksaan. Namun, cuaca yang dingin dan sejuk tidak melemahkan semangat murid - murid Tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada hari yang terakhir ini. Di doakan semoga mereka akan berjaya mencapai kecemerlangan yang diharapkan oleh semua warga SK Jelai terutamanya Guru Besar dan guru - guru.

No comments:

Post a Comment