Sunday, September 13, 2009

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA DARI SK JELAI

`Hilangnya Sebutir Permata Dari SK Jelai....' itulah ungkapan yang layak diucapkan pada saat dan ketika ini, kerana semasa semua warga SK Jelai sedang menumpukan perhatian pada Peperiksaan UPSR, SK Jelai telah kehilangan seorang staff yang telah lama berkhidmat di sekolah ini iaitu CIK FATIMAH BT ISMAIL, sebagai Pembantu Tadbir N17. Beliau telah diarahkan bertukar ke SK Sungai Ara pada 1 September 2009, namun secara rasminya beliau telah melangkah dari SK Jelai ke SK Sungai Ara pada 11 September 2009 ( Hari Jumaat ) setelah menyelesaikan tugas - tugas yang belum selesai.

Beliau telah banyak menyumbangkan tenaga beliau dalam bidang perkeranian di sekolah ini semenjak beliau mula bertugas di sekolah ini pada 1 November 2001 hingga 1 September 2009 iaitu selama 8 tahun. Sebelum itu beliau juga pernah bertugas di SMK Dato' Kamaruddin dari tahun 1997 sehingga tahun 2001.

Walaupun beliau seorang yang serius dalam tugas beliau semasa di sekolah, namun sifat beliau yang selalu tersenyum dan suka bergurau dengan rakan - rakan sekerja di sekolah membuatkan semua warga sekolah ini amat senang dengan beliau. Beliau juga seorang yang ramah dan mudah mesra dan senang untuk meminta pertolongan dalam segala hal dan keadaan. itulah seorang insan yang bernama FATIMAH BT ISMAIL.

Semoga semasa beliau berada di tempat baru, akan menjadikan beliau lebih bersemangat dan akan dapat meningkatkan lagi prestasi beliau dalam bidang yang beliau ceburi, dimurahkan rezeki yang berlipat kali ganda dan bertemu jodoh....Insya Allah.

BERGAMBAR KENANGAN BUAT KALI TERAKHIR BERSAMA GURU BESAR SK JELAI DAN RAKAN - RAKAN SEKERJA


No comments:

Post a Comment