Monday, May 17, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2010 MERIAH

17 Mei 2010 (Isnin) - Sepertimana sekolah - sekolah lain di seluruh Malaysia, SK Jelai juga tidak ketinggalan meraikan jasa guru - guru dengan menyambut Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai di dewan terbuka, kantin sekolah dengan tema GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Mohd. Yusfee Bin Hj. Mohamed Yusof, diikuti dengan ucapan wakil murid oleh adik Muhammad `Irfaan Fikri Bin Hj. Abdul Rahman dan ucapan wakil guru pula oleh En. Mohd. Silmi Bin Othman. Seterusnya ucapan YDP PIBG, En. Mohd. Isa Bin Hj. Taha (PJK, PPA), diikuti pula dengan ucapan daripada Guru Besar SK Jelai, Pn. Hajjah Roohaya Bt. Osman.
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah dibacakan oleh Pn. Nor Hayati Bt. Abdul Eid (PK HEM). Selepas itu persembahan daripada murid - murid perempuan Tahun 4 dan 5 menyanyikan lagu - lagu medley. Seterusnya perutusan Menteri Pelajaran Malaysia pula dibacakan oleh Pn. Josnida Bt. Mustafa (PK KOKO). Selepas itu, diadakan pula persembahan boria oleh murid - murid lelaki tahun 4, 5 dan 6.

Sampailah masanya persembahan para guru pula yang dimulakan dengan Ikrar Guru yang diketuai oleh En. Mohd. Faizal Bin Musa. Seterusnya semua guru menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu Guru Malaysia, Warisan dan Biarku Menjadi Lilin. Setelah itu, upacara pemberian hadiah daripada murid kepada guru pula dilakukan dan semua guru dan murid menikmati jamuan yang telah disumbangkan oleh pihak kantin iaitu Pn. Hamidah (Kak Eda) yang telah berkesudian menyediakan jamuan untuk guru - guru. Manakala sarapan pagi pula ramai guru - guru yang telah menyumbangkan kuih muih dan kek.

Selepas itu diadakan pula perlawanan bolasepak dan bola jaring di antara murid - murid dan guru dan diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pada tahun ini juga Guru Besar, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Osman telah memperkenalkan satu anugerah baru iaitu Penyediaan Buku Ringkasan Mengajar Terbaik dan telah memilih 3 orang guru untuk anugerah ini iaitu Pn. Rosazlina Mastura Bt. Abdul Aziz, Pn. Hjh. Tina Bt. Zainuddin dan Pn. Sal Sabil Bt. Zainuddin. TAHNIAH DIUCAPKAN. Majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari.


SLAID HARI GURU 2010

No comments:

Post a Comment